Mar 9, 2011

jd, yang berkenaan.. tolonglah..

ni bukan kempen, bukan mogok, bukan marah sesapa.. depend la kan, blog kita, suka hati la kita nak letak apa pun. depend la, camne kita nak design blog kita sendiri kan. tp, aku memang paling x suka, kalau blog yang aku lewati, singgah, lawat @ yang sewaktu denggannya, mempunyai ciri2 sebegini..

1. ada lagu
bukan aku anti muzik, @ jenis yang x suka muzik, tp, ni aku mmg x suka la.. sbb nya,
kalau aku wat blogwalking, sambil2 tu aku tengok movie @ main game, sambil tunggu nak
loading kan.. tp, tgh aku tengok movie, ada je additional sound nya. ni yang aku benci.

2. satu page tu sampai 10, 20 entry
nape la nak simpan satu page tu sampai 10, 20 entry. penat oo, tunggu nak load. last2 aku
close.. xsempat nak tinggalkan pesan pun kat chatbox. bukannya aku x tahu nak mengenang
budi, tp kalau dah lama sangat nak load, rasanya lg baik kalau aku buka blog yang lebih ringan.


setakat ni, 2 tulah pekara yang aku x suka bila menjengah kat blog orang. sorry la, kalau ada blogger yang letak lagu kat blog tu.. bukan nak merendah2 kan @ mengatakan yang blog korang tu x elok, yang penting content blog kita. tu yang berharga. ni hanya berlaku pada manish sendiri, mgkn juga ada pelawat lain yang singgah kat blog korang suka ngan lagu2 yang korang pasang. tp, x manish ok..

yang wat 1 page tu sampai 10-20 entry, tolang la kurangkan entry korang kat 1 page tu, supaya keberatan blog tu berkurangan. tambah2 lagi, kalau entry bergambar yang ada diselitkan dekat situ. kalau nak juga letak banyak2 entry kat 1 page, buat la yang ada 'Read More' tu. xda la, berat sangat, xda la juga menunggu lama nak load..

p/s : yang tertulis dekat sini hanyalah pandangan aku sorang je. xda kaitan dengan blogger2 yang lain. sbb tu la yang aku rasa tym aku wat blogwalking. aku ni bukanlah blogger yang tegar, nor xda pe2 pengetahuan tentang blog pun. ni, hanyalah luahan perasaan..

Mar 8, 2011

lagi, lagi dan lagi.

aritu cakap nak wat entry pasal kepelikkan kat fakulti aku. sebenarnya bukan pelik pun, tp kreatif. bukan fakulti aku yg kreatif, pelajar dekat fakulti aku yang kreatif sebenarnya. walaupun fakulti aku bukan fakulti seni, tp plajar2 dia tetap kreatif. pandai menggunakan segala sumber yang ada. setiap kemudahan yang disediakan dapat digunakan dengan sepenuhnya.

jarang akau wat entry bergambar camni.. arini wat kelainan sikit..

papan kenyataan pun boleh jadi tempat menyangkut payung..


yang ni xtaw la, pemegang pintu @ tombol pintu. tp, boleh juga dijadikan tempet menggantung payung..


yang ni aku x pasti, pasu bunga @ mmg tempat meletak payung, tp pelajar mmg letak payung dalam ni. mmg ada instuction dekat dgn pasu tu
"Letak Payung Anda Di Sini"


yang ni pulak gambar dekat fakulti aku.. tu kan rak tempat meletakkan kasut, tp ada instuction dekat situ, suruh letak payung di situ..


akhirnya, jadi camni la.. tp, masih ada juga kasut yang tersesat kat situ.. kalau rak kasut dah jadi tempat melatak payung, habis tu Kasut nak letak kat mana?
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
kat sini la.. mmg dah disediakan tempat khas tok kasut..
susun elok2 k...

Mar 3, 2011

xoxo

disebabkan aku musykil apa maksud xoxo tu sebenarnya, jd aku pun dgn gatal tanggannya menggoogle apa itu sebenarnya xoxo. selalu tengok kwn2 post dkt fb bila komen status member2 dorang. selalu letak xoxo. apa itu sebenarnya xoxo??? mcm mana nak pronounce xoxo sebenarnya? kalau aku, aku sebut ja xoxo tu sbg zozo. hehe... ataupun mgkn sebutan nya yg sebenar adalah x.o.x.o..


search punya search jumpa juga la apa itu xoxo. cukup la sekadar memuaskan hati yg ingin tahu.. at least aku tahu juga la kalau ada yg tulis xoxo tu nanti..

xoxo tu sebenarnya singkatan bagi ciuman dan pelukan (hugs n kisses). jd maksudnya, pelukan dan ciuman yg banyak sbb ada 's' kat situ. biasanya xoxo ni digunakan untuk menggambarkan kasih sayang ataupun persahabatan yang baik, yang mana tanda xoxo ni akan diletakkan di penghujung surat @ email. jadi untuk menunjukkan yg korang sayang sgt ngan kekawan korang tu, tulis la xoxo tok dorang. tulis xoxo xoxo.. waa, bedouble2 pelukan n ciuman yang korang bg kat member2 korang.

biasanya, 'x' dianggap, melambangkan 4 bibir yg bercium dan 'o' pula empat lengan yg berpelukkan. jadi, 'x' yang ditulis kat penghujung surat @ email tu adalah ciuman iaitu sbg tanda kejujuran dan keikhlasan korang. kalau 'o' yang sebagai pelukan pula, tak taw dari mana asalnya, tetapi ada spekulasi mengatakan 'o' mgkn menggambarkan lengan yg melingkar pada seseorang yg dipeluk.

ohhh, msh lg belum dapat mengepost entry pasal fakulti aku yg pelik. sorry ye.. jgn marah2 taw.. xoxo

Mar 2, 2011

berita tergempar..

aritu cakap nak wat entry ttg kepelikkan yang ada kat fakuli aku, n kalau sempat nak sertakan sekali kepelikkan yang ada kat U aku ni.. tp sekarang ni mmg x sempat la, x sempat nak ambik gambar, bg tunjuk bukti kat korang semua..

kalau ada masa terluang mengambil gambar, nanti aku kongsikan okeh..

arini nak cakap pasal member sekolah aku dulu.. errrkkk, dah bab mengumpat ni..
okeh, aku akan cite secara simple je, dan ulas secara simple.

ann (bukan nama sebenar) bukanlah member kamceng aku dulu, just sama sekolah je. kdg2 tu ada la bertegur sapa (yeke???). dulu, aku budak nerd dlm kelas, dan luar kelas tu, hard to describe lah..

jd, ann ni tym kitarang sm dulu, mmg agak selalu la kena buli.. oleh budak2 lelaki la terutamanya, dan ada juga budak perempuan (termasuk aku la tu..)

tp tu cerita zaman jahiliah dulu.. kira 4 5 tahun dulu la.. pas tamat sm tu, mmg la x pernah nak tahu menahu pasal si ann ni pun. bukannya apa, bukan member rapat, bukan kamceng. tp pg semalam aku terima msj dari kwn aku. msj pertama dia tu n msj yang seterusnya, kira berita tergempar la bg aku.

dia cakap, si ann dah kwen, ngan lelaki cina. si ann ni ada add dia kat fb, dan si kwn aku ni pun cam dah x kenal dia lg..

dipendekkan cerita, habis je kuliah semalam, trus aku g lab, buka fb, dan cari si ann ni. pas jumpa dia punya profile, aku view la dia punya pic.. mak oiii, memang lain la.. mmg x mcm dulu.. kalau org yg x kenal, mesti xtaw yg dia tu selalu kena buli dulu.

mmg berubah sangat2 la.. sangat2 berubah. mmg x sangka yg dia akan berubah. dapat membawa diri jauh di perantauan. sekarang ni dia kerja kat singapore, kerja tu xtaw la kerja apa.

ulasan penulis simple je, setiap org akan berubah. cuma yang bezanya nya, perubahan kita tu ke arah positive @ negative. perubahan tu baik, tp kena pastikan juga yang perubahan kita tu menuju ke arah kebaikkan.. kebaikkan tok diri sendiri dan kat org sekeliling kita..

ADIOS!!

Mar 1, 2011

terasa puas

aritu masa tulis biodata kat segmen minuman kegemaran tu letak milo peng. jd, semalam balik kuliah trus bli ais, dan buat milo peng sendiri. milo peng tu sama la ertinya ngan milo ais. wlaupun x panas sangat petang semalam, tp puas juga la dapat menghirup milo peng.

aku siap buat kat gelas besar lg tu, biar rasa puas dpt minum banyak2..

tp, aku masih juga minum guna mug..

sebenarnya aku ni bukan saja suka minum milo peng, tp asalkan air yg terasa manis. teh C peng, air sirap, horlic, wheat graa, soya n mcm2 lagi la.. kalau air suam tu, jarang, cam tekak aku xleh nak trima je..

k, stop ceta pasal minuman, ni nak ceta pasal kepelikan yg ada kat fakulti aku.. tp, bukan sekarang la.. nanti... kalau sempat nanti nak kongsi juga kepelikan kat U aku ni.. tu je la dulu kali ni, daaa....