Feb 27, 2011

My biodata

teringat kat masa aku masih lagi kat sekolah rendah.. rasanya setiap tahun aku wat buku biodata. setiap kali nak cuti hujung tahun, mesti kutip biodata kawan2 sekelas.. aku terasa lucu pulak bila terkenangkan.. tp xda satu pun yang aku baca tym cuti, biodata2 kwn2 aku tu dan xda satu pun yang aku masih simpan sampai sekarang ni. dulu, masa nak buat @ tengah mengedarkan buku biadata tu, bukan main lagi, jadi kenangan la.. lucu...

nama: manish
nama samaran: c manish
tarikh lahir: 27 februari 2011
tempat lahir: hospital umum
makanan kegemaran: masakan mak
minuman kegemaran; milo ais
lagu kegemaran: semua lagu
kawan rapat: honey, sweet
orang disukai: rahsia
orang dibenci: ALBUM (aku lahir bukan untuk membenci)
motto: ingin berjaya dalam hidup
falsafah: berani kerana benar
mutiara kata: semoga berjaya dalam UPSR. jangan lupakan saya nanti. friend forever.

terima kasih kerana sudi menyuruh saya mengisi buku ini.

yang benar: manish.


lebih kurang cam tu la yang ada dlm buku biodata dulu. walaupun dalam buku biodata tu terang2 ada tarikh lahir member, tp xda langsung pun yang aku ingat.. bab mengingat birthday kawan ni, mmg aku kureng sikit la.. sorry ye kawan2..

selain ada buku biodata, buku lagu pun ada juga. x cukup satu buku, tambah lagi satu buku. kalau kawan ada lagu baru, mula lah meniru lagu tu, salin dalam buku sendiri. tu lagu yang ada kat buku kawan, lagu tu juga la yang ada kat buku lagu sendiri. time tu lagu sejarah mungkin berulang tengah meletup, berusahalah mencari lirik lagu tu, menanya kawan2 kot2 dorang ada. xtaw la apa fungsinya buku lagu tu dulu, kalau menyanyi, bukannya pakai pun. dah hafal dah lagu2 tu.. pelik, sungguh pelik masa kecil2 dulu..

p/s: tulis milo ais, teringin la pulak nak minum milo ais mlm2 cam ni. esok balik kelas nak beli la kat kafe. beli ais je, milo tu buat sendiri. jimat..

Feb 26, 2011

kenapa dinosour pupus????

dah dapat agak apa jawapan bg soalan di atas??? kenapa dinosour pupus???

seiring dgn peredaran zaman, banyak yg telah berubah.. yela, mesti la kena cope dengan perubahan, kalau x nanti akan ketinggalan. pernah aku terbaca @ terdengar satu soalan, kenapa dinosour pupus???? sebabnya dinosour x boleh menerima perubahan cuaca dunia, jd pupus la..
jadi, kalau kita x bergerak seiring dengan zaman, x boleh menerima perubahan, lambat laun pun kita akan jadi cam dinosour..

sebenarnya, aku bukan nak cerita pasal kepupusan dinosour ni.. nak ceta pasal benda lain, tp intro tu macam out of topic ja.. kalau lam essay, comfirm kena deduct mark.

okay, berbalik ke kisah sebenar, sedar @ tak, kerana perubahan zaman, banyak yg telah berubah.. kita view perubahan ni dari segi catatan harian kita. kalau dulu, kita mencatat aktiviti harian kita dgn tulisan tangan, tp sekarang ni dah advance, tinggal taip ja kat pc @ laptop. kalau dulu, segala aktiviti kita, perasaan kita menjadi rahsia, tp sekarang ni dah terdedah, seluruh dunia boleh taw apa yg kita lakukan untuk hari ini, kita crush dgn siapa, perasaan kita. dah bukan rahsia lagi dah.. kalau dulu kita berdiari, tp sekarang ni kita dah berblog. kerana perubahn zaman, blog menggantikan diari.

tp, aku mmg x pernah ada diari. rasa mcm xda masa nak menulis diari. kadang2, aku rasa, aku akan malu baca balik apa yg telah aku tulis.

kerana peredaran zaman, manusia berubah. jd, jgn salahkan sesiapa kalau org2 di sekeliling anda berubah. biarkan, kerana lam tidak sedar, kita turut berubah. tiada yg kekal..

p/s: 1. maafla, isi entry xda kaitan dgn tajuk entry... :)
2. ala, teringat pula kat aktiviti2 yg aku buat tym sekolah dulu..