Jan 27, 2012

ini tidak mungkin berlaku..

persoalan2 yang aku fikirkan semalam sampai ke pg td bila aku tengok cermin.. yang ni bukan persoalan yang berkaitan dengan cerita sumpahan kum-kum yang baru kuar wayang tu ye.. ni memang tiada kena mengena dengan movie tu...

semalam bila aku tengok cermin kan, aku terfikir, besar sangat ke aku ni? ni gara-gara ada yang kata aku "sihat". aku dah tanya mak aku, adakah aku ni dah bertambah gemuk, tp mak aku jawab simple je.. "kalau ko rasa seluar ko dah x muat, maknanya ko dah gemuk la tu".. masih lg dia meninggalkan tanda tanya tu kat aku.. memang diakui la, majoriti seluar- seluar aku hampir2 tak muat, tp aku msh jugak xnak mengakui nya. xnak mengaku yang selamanya ni aku plu menukar saiz seluar. ohhh, tidak!!!!!!!!!!!!!! ini tidak mungkin berlaku...

dan semalam tertanya-tanya lagi, adakah tulang kita akan membesar sejak kita meninggalakn sekolah menengah. sebab rasanya, aku ni sudah jauh membesar dari saiz aku time aku sekolah rendah dulu. adakah tulang-temulang aku yang membesar, @ lemak serta daging-daging aku yang bertambah??? ohhhh, tidak!!!!!!!!!!!!! mungkinkah ini yang berlaku...

dan sekarang, merangakap azam tahun baru aku, aku nak menguruskan badan, espicially bahagian perut aku.. sebab perut aku mmg buncit sgt2.. pakai baju pun dah nampak x cantik. kena pakai baju yang besar2 supaya perut tu x nampak terkeluar. ohhhh, tidak!!!!!!!! sudah susah nak bergaya kalau terusan macam ni...

sekarang aku giat mencari tips-tips untuk menguruskan badan, untuk membuat perut nampak flat semula. habis semua aku search, google, youtube.. tq tq, sekurang- kurang ya ada juga yang memberi jalan camne nak menguruskan badan.

*ciri-ciri berat badan anda bertambah
1) bila anda merasakan seluar baju anda sudah sendat dengan anda. bukan seluar baju tu yang
mengecut, tp anda yang sudah mengembang.
2) bila anda tengok cermin n nampak badan anda sudah tidak ada shape lg. hampir2 lurus
semuanya... lekokan yang ada, cuma sedikit je yang tinggal.
3) bila anda merasakan anda ingin mengurangkan makan, sudah mula melakukan senaman.

*cara-cara mengurangkan berat badan
1) sudah semestinya control makan. pastikan kalori yang hendak masuk dalam badan tu kurang
dr yang korang nak keluarkan. ni pasti berkesan.
2) korang bersenam lah.. kalau kawal makan je, lambat proses penurunan berat badan tu.
3) boleh juga dapatkan alternatif tambahan spt makan pil pengurus badan, sapu losyen untuk
menguruskan badan kat bahagian yang berlemak (kalau yang menambah 2 3 kg tu, x perlu
kot nak makan pil @ sapu losyen)
4) banyakkan lah makan buah-buahan, sayur- sayuran n air masak..

ok. semua ciri- ciri yang ada kat atas tu terjadi pada aku, mb ciri-ciri kegemukan yg terjadi pada org lain. lain pulak. n cara- cara tu, tu la cara-cara yang aku praktikkan. x taw la berkesan ke tidak. yang aku tahu, yang paling berkesan untuk menguruskan badan ni iaitu x payah makan. kalau rasa lapar minum air, makan cracker @ bread. lam masa sebulan korang boleh bnyk kehilangan lemak. ni selalu terjadi pada aku masa aku kat universiti dulu. hujung sem je mesti aku kurus cekeding sbb x cukup budget. tp sekarang ni, rasa susah nak menahan lapar... x tahan kalau x makan, tu yang aku semakain gemuk.... oh no....