Feb 27, 2011

My biodata

teringat kat masa aku masih lagi kat sekolah rendah.. rasanya setiap tahun aku wat buku biodata. setiap kali nak cuti hujung tahun, mesti kutip biodata kawan2 sekelas.. aku terasa lucu pulak bila terkenangkan.. tp xda satu pun yang aku baca tym cuti, biodata2 kwn2 aku tu dan xda satu pun yang aku masih simpan sampai sekarang ni. dulu, masa nak buat @ tengah mengedarkan buku biadata tu, bukan main lagi, jadi kenangan la.. lucu...

nama: manish
nama samaran: c manish
tarikh lahir: 27 februari 2011
tempat lahir: hospital umum
makanan kegemaran: masakan mak
minuman kegemaran; milo ais
lagu kegemaran: semua lagu
kawan rapat: honey, sweet
orang disukai: rahsia
orang dibenci: ALBUM (aku lahir bukan untuk membenci)
motto: ingin berjaya dalam hidup
falsafah: berani kerana benar
mutiara kata: semoga berjaya dalam UPSR. jangan lupakan saya nanti. friend forever.

terima kasih kerana sudi menyuruh saya mengisi buku ini.

yang benar: manish.


lebih kurang cam tu la yang ada dlm buku biodata dulu. walaupun dalam buku biodata tu terang2 ada tarikh lahir member, tp xda langsung pun yang aku ingat.. bab mengingat birthday kawan ni, mmg aku kureng sikit la.. sorry ye kawan2..

selain ada buku biodata, buku lagu pun ada juga. x cukup satu buku, tambah lagi satu buku. kalau kawan ada lagu baru, mula lah meniru lagu tu, salin dalam buku sendiri. tu lagu yang ada kat buku kawan, lagu tu juga la yang ada kat buku lagu sendiri. time tu lagu sejarah mungkin berulang tengah meletup, berusahalah mencari lirik lagu tu, menanya kawan2 kot2 dorang ada. xtaw la apa fungsinya buku lagu tu dulu, kalau menyanyi, bukannya pakai pun. dah hafal dah lagu2 tu.. pelik, sungguh pelik masa kecil2 dulu..

p/s: tulis milo ais, teringin la pulak nak minum milo ais mlm2 cam ni. esok balik kelas nak beli la kat kafe. beli ais je, milo tu buat sendiri. jimat..

Feb 26, 2011

kenapa dinosour pupus????

dah dapat agak apa jawapan bg soalan di atas??? kenapa dinosour pupus???

seiring dgn peredaran zaman, banyak yg telah berubah.. yela, mesti la kena cope dengan perubahan, kalau x nanti akan ketinggalan. pernah aku terbaca @ terdengar satu soalan, kenapa dinosour pupus???? sebabnya dinosour x boleh menerima perubahan cuaca dunia, jd pupus la..
jadi, kalau kita x bergerak seiring dengan zaman, x boleh menerima perubahan, lambat laun pun kita akan jadi cam dinosour..

sebenarnya, aku bukan nak cerita pasal kepupusan dinosour ni.. nak ceta pasal benda lain, tp intro tu macam out of topic ja.. kalau lam essay, comfirm kena deduct mark.

okay, berbalik ke kisah sebenar, sedar @ tak, kerana perubahan zaman, banyak yg telah berubah.. kita view perubahan ni dari segi catatan harian kita. kalau dulu, kita mencatat aktiviti harian kita dgn tulisan tangan, tp sekarang ni dah advance, tinggal taip ja kat pc @ laptop. kalau dulu, segala aktiviti kita, perasaan kita menjadi rahsia, tp sekarang ni dah terdedah, seluruh dunia boleh taw apa yg kita lakukan untuk hari ini, kita crush dgn siapa, perasaan kita. dah bukan rahsia lagi dah.. kalau dulu kita berdiari, tp sekarang ni kita dah berblog. kerana perubahn zaman, blog menggantikan diari.

tp, aku mmg x pernah ada diari. rasa mcm xda masa nak menulis diari. kadang2, aku rasa, aku akan malu baca balik apa yg telah aku tulis.

kerana peredaran zaman, manusia berubah. jd, jgn salahkan sesiapa kalau org2 di sekeliling anda berubah. biarkan, kerana lam tidak sedar, kita turut berubah. tiada yg kekal..

p/s: 1. maafla, isi entry xda kaitan dgn tajuk entry... :)
2. ala, teringat pula kat aktiviti2 yg aku buat tym sekolah dulu..

Feb 23, 2011

ohh, cermatnya...

kat fakulti aku kan, kereta kena park dgn muka dia ke hadapan, maksd nya depan kereta tu kena menghadap jalan, dan blakang dia pula masuk ke dalam. kiranya, kalau dia nak parking keta, blakang masuk dulu. ala2 mcm gmbr ni la, tp ni bkn gmbr keta kat fakulti aku, aku pinjam dr pak cik google jap.


dekan fakulti aku kata, perlu parking keta cam tu, supaya, kalau ada kecemasan senang nak kuar'n kereta. tp, ada juga la student dan staff yg x mematui arahan.

bukan tu je, sekarang ni bukan kereta ja yg perlu revearse parking kat fakulti aku, tp kasut sekali. kalau nak masuk makmal komputer, bilik sumber, @ centre of excellent, mmg dah disediakan dah parking lot tok sepasang selipar. x kira la, kasut ka, sandal ka, high heel @ selipar biasa, semua nya x terkecuali. kena parking betul2 taw, penat je dorang wat parking lot tu. xda la usaha mereka sia2 je..

wpun dah jelas direction kat situ, tp masih ada juga la yg salah parking. hrmmm...

Feb 22, 2011

S.E.N.Y.U.M

aku baru ja tengok drama jepun 1 litre of tears.. mmg oudated sikit la aku ni.. lama dah drama tu, tp aku baru tengok.. kuar juga la air mata menengok drama tu.. terasa ada keinsafan sedikit la, rasa beruntung sangat, aku ni sihat walafiat.. boleh berjalan dan berlari (walaupun kadang2, aku rasa malas nak jalan). mula aku tengok drama tu, terasa jalan cerita tu sama macam cerita hani kat tv3 tu.. mirip la.. xda la 100% sama.. xpa, benda yg baik tu, kita ikutkan, yg buruk tu baru lah kita abaikan. bak kata kawan aku ni, meniru itu satu usaha..

hari ni nak mulakan dengan senyuman..
xmo nak sedih2..
say cheese..

cerita aku..

oh ya, kita kan x satu kelas, jd xyah la nak bincang sama2..
lebih baik la bncg ngan org lain kan???
yela, aku ni pun bkn nya pandai sgt, jd mmg x layak la kan kalau nak bncg ngan aku.. nanti aku pula yg menumpang kepandaian korang..

ok, xnak dah cakap lg pasal tu.. jd, sekarang ni, untuk survive, rasanya, lebih baik pentingkan diri.. juga, rasa sedih tu pun agaknya xda kalau ada yg tak bertimbang rasa ngan kita..

emm, kalaulah aku ada silap salah, mengganggu privacy korang, or melakukan something yg korang rasa nak membalas balik kat aku, just please tell me. mgkn tidak disengajakan, @ kalau sengaja pun mesti ada sebabnya.. tapi, kalau tiada perbuatan aku yg sedemikian rupa, so please jgn membalas aku sebegitu..

senyap itu bukan marah, cuma rasa sedih, terpinggir mgkn, dalam diam menabahkan hati, mengeraskan jiwa,agar x kecundang di tangan masalah.. kalau mmg x perlukan, aku rela mengundur diri.. aku bkn jenis yg hanya boleh diajak untuk bergembira dan bergurau tawa..

diam aku hanya untuk menenangkan hati.. mgkn agak keterlaluan, yg menyebabkan korang dah x tahan, boleh lah mula memikirkan tindakan seterusnya.. aku x memaksa utk terus kekal spt biasa, xnak la mendera jiwa anak orang. tp, biarlah dijelaskan sejelas jelasnya, aku mmg mudah tersentuh, kalau terasa spt dipinggirkan.. agaknya mgkn malu
berkawan dgn aku, yang boleh memunculkan rasa rendah diri ini. jd, itulah sebabnya terus meminggirkan diri..

akher sekali, ini cumalah rekaan semata2, tiada berkaitan dgn yg hidup @ yg mati.. sekian, terima kasih..

Feb 6, 2011

gemookk+jogging+yoga

ari tu lam ati, nak nak wat entry yg super gumbira, tp nie camner nak post entry yg super gumbira kalau mmg xda perasaan gumbire pun..
kalau dah mcm ni, boleh kah diconclude kan yg entry seseorang tu dipengaruhi oleh perasaannya? boleh kah dikatakan mcm tu? kalau seseorang tu sedih, entry nya juga berunsur kesedihan, kalau gembira, mesti juga bila baca entry nya terasa yg dia sangat2 gembira..
jd adakah entry seseorang tu boleh mgambarkan perasaannya???

akher2 ni, asyik je perasan yg penulis blog ni aka aku la tu, dah gemoookk.. betul ka dah gemoookk @ hanya perasaan je tu? tp risau la gak..
kalau gemook, habis la dah tiada pakaian lg ni.. semua pkaian muat2 je kat badan..
mengajak la kawan2 berjongging, tp akhirnya, masih juga berjongging kat atas bed..
hampeh tol.. camne la nak menguruskan badan kalau mcm tu.. sebenarnya kan, bkn la gemok sgt, tp perut dah buncit.. jgn salah fikir lak, aku bnyk mkn la tu, mengalahkan nasi lelaki yg aku mkn.. hehe

setelah menyedari yg jogging itu x dapat dijalankan seperti yg dirancang, jd bermula lah ekspedisi mencari kat internet mcm mana nak mengempiskan perut.. tp, semua nya x jalan bg aku.. jgn makan fast food banyak, jgn minum air berkarbonat, jgn mkn lewat mlm.. tp kan, 1 mlm tu, aku boleh mkn 2 kali, minum air berkarbonat waktu mlm + snek.. mcm mana la aku nak mengempiskan perut kalau mcm tu.. semuanya x berjya.. sbb aku mmg x leh nak menjayakannya..

akhir nya, akhir2 ini aku mencari maklumat pasal yoga.. entah kenapa.. mgkn aku fkir tu dapat menolong aku kot.. hehehe.. ntah dr mana aku dapat idea yg yoga tu dapat membantu mengempiskan perut aku..
tp, aku masih juga x beryoga, yang akhernya menyebabkan aku berimpian nak masuk kelas yoga suatu hari nanti.. kekeke... aku terasa lucu la..


Feb 3, 2011

fikir yg berfikir..

tidak terfikir yg suatu hari nanti akan jadi mcm ni. sungguh2 x terfikir..
lain yang aku fikirkan dahulu, lain juga yang terjadi hari ini..
kalau dulu aku terfikir nak masuk u, menyewa rumah dengan member, naik kereta pergi kuliah, tp hari ini lain pulak jadinya.
aku masuk u, tp dok hostel, g kuliah naik bus @ jalan kaki. kalau dulu aku nak g kuliah dengan kawan2 rapat tym skul, tp sekarang ni g kuliah dgn member yg kenal kat u ni..

hmm, lumrah alam, kita merancang tuhan yg tentukan.. ada hikmah di sebaliknya. trima dengan redha dan hati yg terbuka. suatu hari nanti akan kita tahu apa yang tersirat di sebaliknya. semoga semuanya yang baik2 belaka. amen...