Apr 17, 2010

FabuLove GiveAway @ CuteandYummy

its not too earlier i think to wish ezyane happy birthday, and maybe im not the 1st one that already wish her.. huhh, penat lidah aku bercakap lam bhs omputih.. lebih selesa nak menaip lam bhs melayu..

* * * * * *
u got a card to open.. what u waiting for, open it up.. maybe its a suprise for u..


dear ezyane,
happy birthday to u,
happy birthday to u,
happy birthday happy birthday...
happy birthday to u..


pupp pupp, pupp, ppuup (tepuk tangan)

now open ur presents..tadaaa..



u got this cutie bear..

* * * * * *
fyi ezyane already offering FabuLOVE Giveaway at CuteandYummy in order to celebrate her becoming birthday..

antara2 FabuLOVE Giveaway yg dia tawarkan adalah spt berikut:







MinMin the Bear Bear




Cards from CuteandYummy




BearBear Bookmark




Yarns ;)

dan lain2 hadiah spt: Cupcake Notebook, Crocheted Bag & Craft Book "Kraf Kertas" from Jasmine Her & Hazira Hamsah.

syarat2 penyertaan bagi meningkatkan peluang untuk menang:

- menjadi follower blog dia Cute & Yummy
- sebarkan mengenai giveaway ni melalui sidebar @pun entry..
- letak'n link CuteandYummy kat blog list
- tinggalkan msj dan email address kat ruang komen dia..

*tarikh tutup penyertaan: 21 April, 6 pm(jam KL)

**pemenang akan diumumkan pada: 22 April 2010.

Apr 15, 2010

acara copy paste..

owhh, aku dapat soalan yg kwn aku si eirie bg.. katanya, soalan ni akan kuar exam next week.. jd, sesaper yg ada paper next week, jgn lupa baca soalan2 ni.. soalan2 spot. 28 soalan yg dia dapat dr cik ann, kwn dia la tu.. ntah, dr mana dorang dapat soalan tu.. huhu..

ni la dia tag tertangguh dr eirie yg aku kena selesaikan.. ni ambil masa yg lama taw nak siap, sbb internet x ok..

1. 3 names in your message inbox.

eric, eric, eric..

2. Your main Ringtone.

message 7

3. What u did at 12 last night?

baring2 sambil layan boy before flower, + msj ngan kwn..

4. Who was the last person you went out with? where?

rin.. wpun x biasa panggil dia ngan nama ni..

tp kena panggil gak, plu jaga identiti dia.. huhu

g mana? assessmant ke-4 jepun.. tingkat 2, cls..

5. The colour of the T-shirt you're wearing now.

pink..

6. The last thing u did.

minum teh..

7. 3 of your everyday favorite items.

- bantal besar aku, kulit caler pink, baju caler krim, ada biru skit2.. wahaha

- hp lapok.. huhu

- bed hostel yg x berapa nak empuk.. hehe

8. The color of your bedroom.

putih.. putih itu suci.. sem depan nak tampal ketas warna, bg meriah sikit..

9. How much money in your wallet now?

oppss, 30@40++?? x kira la pulak..

10. How's life?

60% bored, 25% happy, 10% enjoy, 5% sad..

11. your favorite song..

xda faveret song.. tp suka ngan lagu 50 cent - in da club, eminem - mocking bird, evanescence - bring me to life..

12. What will you do next weekend?

xda perancangan lg.. dok bilik?? owhh, boringnya.. g desa ilmu?? kering dah sekarang ni..

13. When was the last time you saw your mum.

tambah tolak 4 bln yg lalu.. huhh, rindu la.. x sabar nak balik kampung..

14. where is she now?

dalam bilik, kat kampung.. maybe..

15. when was the last time you talked to your parent?

sabtu minggu lepas..

16. Who is the last person that talked with you last night?

last person that talked with me last night???

memory lost ni.. maybe, sta maria, my housemate..

17. where did you have dinner last night?

dalam bilik..

18. The last surprise you got.

special dedication from masitah..

mazzliezz nak kuar g makan kfc ngan aku tiba2.. terkejut sangat, x sangka dia offer diri nak temankan..

19. Last thing you borrowed from your friend.

errmm??? ada ker aku meminjam brg sesaper??? owwhh, segumpalan vcd mazzliezz.. berkurun dah ngan aku.. sorry ye mazzliezz, aku x khatam lg semua vcd2 ko tu.. hehe

20. Who is your bf/gf or husband/wife?

tuuuuuttttttt.. request pending..

21. what do you feel now?

not satisfied.. overall mark kurang memuaskan..

group asgmnt mark kurang memuaskan.. bukan kurang, tp tidak memuaskan..

22. wanna share with who?

xda nak kongsi ngan sapa2.. dah terkongsi ngan rin td..

23. who knows your secret?

secret kecil, kwn special aku n kwn2 aku..

biggest secret, no one knows.. if anybody know its, its not a secret anymore..

24. they keep your secret?

maybe.. it's a secret right.. i've a faith on them... once i take a possibility to tell its, its not my secret anymore.. its a secret for the one whose know it..

25. Are you angry with someone?

nope..

26. what do you order at McD?

burger??

27. The last time you felt so sad..

i can't remember it, but its look like i sad everyday.. my emotion can switch easily..

28. mahu tag?

mau tag siapa lg ni dong???

cik ecah

sugar2 kapas strawberry

aku

aieoreo

az

sakura

p3perak

alien

yuyu

panadol


Apr 11, 2010

blurr..

dalam masa 2 hari cuti ni, x bnyk yg dapat aku buat.. tinggal sorang lam bilik mmg memboringkan.. tp xnak juga kalau ada roomate.. cam x bebas nak buat kerja sendiri..

apa motif aku tulis entry kali ni????
dua hari cuti, aku dah habiskan beberapa movie..
evil angel, the vampires dairies (ep.17), the blackout, icarus, queen of the damned, bangkok andrenelin, naked weapon, the day after tomorrow.. apa lg aaa, sampai aku pun leh lupa.. huhu

time dekat nak balik rumah ni, asyik teringat je nak makan.. kawan ku, teringin nak makan ikan bakar la.. jum g beli kat jalan uitm tu.. teringin nak mkn kek juga, nak makan kfc, ayam bakar, sup ayam, agar2.. aduhh, mengidam ke apa ni???

dekat nak mggu exam ni lak, nampaknya aku kena banyak mengurangkan aktiviti2 yg boleh membantutkan niat blajar.. tidur, tengok movie, blogwalking, men fb.. aktiviti2 berkenaan terpaksa diganti ngan ulangkaji, ulangkaji, ulangkaji, dan ulangkaji.. exam dah dekat oiii.. agaknya aku kena tampal kata penyedar diri tu besar2 kat lam bilik aku.. "exam dah dekat oiii, exam dah dekat.."

xda tajuk..

entry kali ini agak panjang.. tp tidak mengapa la kan.. banyak yang ingin aku kongsikan.. internet x kuat sangat, tu yang dah 2 3 hari x update blog.. blogwalking pun dah kurang..

07/04/10
ni nak crita, aritu g dinner..dinner volleyball club..kat Dormani Hotel, Kuching..

sign board kat pintu masuk..

sementara menunggu makanan dihidangkan, jamu la air sarsi dulu buat penghilang dahaga.. yg buah tangan tu, aku xtaw lak, kelab yg bg @ pihak hotel yg sedekah'n.. taw2 dah ada kat atas meja time ktrang masuk dewan..

air sarsi n buah buah tangan.. buah tangan yg satu tu lg, kwn aku punya.. aku saja ja pinjam.. hehe

mlm tu agak bertuah la, sbb aku menang cabutan bertuah, x pernah menang selama ni.. cam x bertuah pun ada gak.. x taw pe nasib leh menang mlm tu.. amen, bersyukurlah..

ni la hadiah cabutan bertuah i tu.. hehe

makanan lak, boleh tahan la.. so-so, 50-50.. sbb aku ni x memilih bab makan, jd semuanya ok la bg aku.. kenyang gak.. tp sedih, time aku sambut calling kat luar, pinggan aku dah dikemas oleh si waitress.. ada 2 ketul ayam lg kat situ, aku x habis makan lg. sediey sediey.. x sempat nak ambil gambar pun ayam2 yg bakal menjadi santapan ku itu..

oppss, lupa.. tema dinner mlm tu denim hitam n putih.. kasual la katakan.. king n queen lak, mmg sempoi sangat.. title king dimenangi oleh president kelab manakala queen lak disandang oleh bendahari kelab.. tu hasil undian peserta yang mengikuti dinner la..

penasihat kelab bersama ngan king n queen..


09/04/10

ada lg yg nak aku kongsikan.. mggu lepas, aku n kawan aku ni bet la, pasal duit nuffnang.. sapa yg kalah, means yg dapat duit sedikit kena blanja makan aiskrim.. skali aku menang daa.. jd dia kena la blanja aku.. hari jumaat hari tu dia blanja.. trima kasih kawan ku.. dia cakap, hadiah tu a.k.a aiskrim tu hanya boleh dituntut lam satu minggu jak.. mggu dpn, sapa yang kalah kena blanja bakso lak.. ishh, takut ehh, rasa2nya aku yg kena blanja dia sbb mggu ni mmg aku xda blogwalking.. siap la aku...

lebih kurang camni la aiskrim yang aku dapat.. hehe

siapa kah yg bakal membelanja bakso minggu depan? tunggu kan hari isnin..

Apr 6, 2010

aku paling suka..

aku suka ayam tp x suka tulang ayam
aku suka tengok movie tp x suka beli vcd
aku suka tidur tp x suka bgn tidur
banyak yg aku suka
dan bnyk juga yang aku x suka..

yang paling aku suka sekarang ni mkn ayam
KFC, ayam kicap, ayam merah, dan bermacam lg
tp x larat sungguh aku nak bayar
tambah2 lg berat badan dah menambah
yang aku paling suka sekarang ni tgk movie
sbb dah xda asgnmt nak kena antar
cuma tinggal assesment je lg


yang paling aku suka tidur
turun kelas pun dah rasa malas waktu pg
lg2, aku dah boring dok lam bilik
jd apa lg.. aku bantai tidur la..



Apr 5, 2010

sayang kamu..!

hari sabtu aku g outing ngan kengkawan aku..
banyak juga la duit aku habis.. maknanya agak banyak la brg yang aku beli..
tp kenapa sekarang ni baru nak ckap??
sbb sabtu ahad hari cuti bg aku berblogwalking..
tu yg aku xda menerjah, mengintip, menyinggah mahupun mengunjung blog korang..
tp, bukan pasal tu yang aku nak crita..
pasal lain hasil dr observation aku..

hari tu, masa menunggu kwn aku mengambil kunci kreta kat driver ktrang, ada la satu pasangan ni melimpas aku yg tengah menunggu barang belian.. romantik.. si perempuan memeluk lengan si lelaki.. suka aku tengok, sbb rasanya dorang dah ada cucu.. dah tua dah pasangan tu.. susah taw nak tengok pasangan yg dah ada cucu masih lg berpegangan tgn cam tu kat malaysia ni.. manja gitu.. aku nak kekal manja cam tu la nanti ngan suami aku.. hehe



x berapa lama lepas tu, melintas lg pasangan lain.. lelaki tu jln dulu melangkah parit, baru perempuan tu menyusul.. 2 3 langkah di belakang lelaki tu la maksudnya.. si perempuan tu jalan berhati2 sbb masa tu baru pas hujan renyai2.. dah dkt dgn lelaki tu, si perempuan pun peluk lengan lelaki tu juga n teruskan perjalanan.. yang ni lak pasangan muda.. belum kahwin lg rasanya.. si lelaki berbadan sederhana, baik bg lelaki la.. tp yg perempuan tu, terlampau lampau tembam.. overweight, obess lg tu aku rasa. bkn nak mengata saiz badan, tp cinta dorang yg x kenal bentuk fizikal..



ramai sekarang ni, brgkali mojoriti la lam kalangan kita, memilih sangat. nak yg body cun, muka lawa.. sbb tu katanya dari mata baru la turun ke hati.. tp pasangan yg kedua tu x berapa suka aku tengok, sbb nya... nthah.. xtaw camne nak cakap.. cam gedik ja si perempuan.. menunjuk yg tu adalah bf dia.. tp xpelah, harap2 dorang kekal hingga ke anak cucu. amen..




cakar ayam:
pun teringin nak jln cam dorang suatu hari nanti..

Apr 3, 2010

jom support

asyik2 aku mencari duit..
adakah aku dah menjadi mata duitan sekarang ni???
ohh tidak..
tp x mengapa, tu untuk kesenangan aku juga nanti..

sebagai plajar, aku yakin dan pasti, hujung sem je, mesti ramai yg dah ikat perut..
termasuk aku la tu.. ekeke
kalau poket dah kering, perut asyik nak menyanyi, maggi la jawabnya jd habuan..

biasa dah perkara ni.. dr aku sekolah2 dulu dah amalkan budaya jimat duit dgn maggi..

jd, bg sesapa2 peminat maggi ni secara langsung @ x langsung, meh la kita ramai support campaign dia kat YOUTH SAYS.. berbaloi baloi..

setiap klik yg dibuat berharga RM0.20. x ke banyak tu..
yg lg best, kita boleh klik2 sendiri tu, income pun masyuk juga.. 10 kali click sehari dah dpt rm2..
tu klik je, belum termasuk lg korang jawab poll n join community dia.. yg ni korang dapat point, mana la taw dapat hadiah misteri..

jd, apa tunggu lg.. jom la join ramai2.. klik je kat sini. korang survey n fikir la sendiri.. korang boleh juga klik gmbr maggi kat sebelah tu..

tolong saya penuhkan tabung, saya tolong anda penuhkan tabung anda juga.. hehe


cakar ayam: mengambil kata2 eirie, jgn menjadi manuisa yg mensia2 kan peluang, ada peluang tp dibazirkan begitu saja.. juga jgn menjadi manusia yg tidak ingin mencari peluang, hanya melihat peluang itu berlalu begitu saja.. adios


Apr 2, 2010

keep it secret!!!

aku benci dgn dia, patut ke dia crita rahsia aku dgn org lain. selama ini aku anggap dia org yg aku boleh percayai, tapi... dia pula tikam aku dr belakang..
menyesal aku.. sana sini org huhahuha ttg rahsia aku.. sana sini org jeling sinis kat aku.. aku dah jd x selesa.. rasa lebih baik dok lama2 lam bilik.. nak wat pekak telinga pun x dpt.. org lalu je, samil siku kwn sebelah pun aku masih boleh perasaan, sambil bisik2 pun aku masih dpt agak apa yg dorang bualkan.. rahsia aku..

oii dia, x boleh ke ko tutup mulut..
ko sedar x yg ko dah jatuhkan air muka org lain..
secara x langsung ko juga telah jatuhkan martabat diri ko sendiri..
org lain percaya dgn ko, tp ko wat khianat lak..
lepas ni siapa lg yg nak percayakan ko??

untuk aku, dah namanya rahsia jgn la gatal mulut nak gtaw org lain..
kalau dah crita ngan org lain, bkn rahsia lg namaya tu..
tp, xleh disalahkan gak..
mana tahan nak simpan sorang diri..
sekurang2 nya nak juga kongsi ngan org len wat lega perasaan..
x sangka begini lak jdnya..
sungguh aku kesal..

cakar ayam: berfikir dulu sebelum buat keputusan nak menceritakan rahsia yg maha besar kat org lain..

rupa aku aka mylook..

sapa yang xnak dapat duit lebih?
macam2 kita wat tok dpt'n duit ni..

kali ni nak perkenalkan enjin pencarian terbaru yang membayar pencarian kita iaitu mylook
(eh eh, betul ke ayat ni?)

dgn ayat mudah nya, setiap search yg kta buat,
kita akan dibayar sebanyak 0.22 cent (USD).

kita leh search maklumat sebanyak mana yg kita nak..
tp hanya 5 search pertama setiap hari je yg dikira..
maknanya, setiap hari kita berpeluang mendapat sebanyak $1.10.
$0.22 x 5 = $1.10

tu kalau sehari,
kalau sebulan lak:

$1.10 x 30 = $33


banyak tu, lepas gak topup @ belanja makan tok seminggu..

berbaloi gak tu, daripada x dpt apa2 langsung..
meh join ramai2, tambah pendapatan kita selain dr nuff..
daftar cepat2 supaya cepat lg dapat duit..
hehe
xyah segan2, xyah malu..
daftar percuma je ni..
x perlu modal langsung..

ada lg kelebihan kalau guna mylook ni..

setiap ahli yg kita kenalkan, kita akan dapat juga $1.10.(kalau x salah fahaman aku)
selain tu, dapat juga insentif 20% dari jumlah duit terkumpul ahli-ahli yang kita kenalkan tu dan 20% dari pendapatan bulanan mereka..


untuk join klik di sini

cakar ayam: mylook ni sebenarnya tiada kaitan lagsung dgn rupa aku.. just direct translation.. huhu

Apr 1, 2010

sewaktu dulu..

1 april datang lg..
dah ada yg di'april foolkan ke arini @ dr awl2 lg dah meng'april fool'kan org lain?
disebabkan aku menjalani kehidupan yg biasa je, aku langsung terlupa yg arini adalah april fool..cam hidup aku ni terlalu serius sangat pun ada gak..
cam x enjoy langsung..
bila april fool ni menjelang, aku lgsng teringat kisah aku n kwn2 aku yg telah di'april foolkan..
tym tu, aku sekolah menengah lg, form 5 kalau x silap..
dulu, aku ni budak hostel, membesar dgn nasi kerajaan..

masa aku form 5 dulu, aku jd pengawas asrama.. tiap2 pg bgn lewat kalau x incharge org sarapan pg..
pg april fool tu, ktrang bgn lewat la kecuali yg bertugas..
tym2 g mandi tu, tym nak gosok gigi, baru sedar yg berus gigi dah hilang..
parah uu, tym nak g kelas lg tu, dah la lmbt bgn..
bkn aku sorang je yg kena, ngan kwn2 lain lg.. habis berus gigi ktrang disorok'n.

cari2 tp masih lg tak jumpa..
ada gak yg menyumpah2..
yela, xkan nak g kelas x gosok gigi..
tp, apa nak buat kan, dah nama nya april fool..
alamatnya, pg tu, ktrang g kelas tanpa mengosok gigi..

balik rehat tu, sambung lg mencari berus gigi..
pas tu baru la terjumpa yg berus gigi tu disorok'n lam poket seluar yg digantubg lam tandas yg merangkap bilik mandi ktrang..
kwn yg menyorok'n berus gigi tu lak, tersengih2 gelakkan ktrang..

ciissttt dan cisstttt lg..
nak marah pun, x menjadi..
dia mengejek lg tu org yg tak gosok gigi..
padahal pg tu, dia beriya2 ngan ktrang mencari berus gigi kononnya..
yg ktrang suspect, org yg incharge budak sarapan, tp ni kwn aku yg sama ngan ktrang lewat bgn tu yg punya keja..
malam 31hb tu lg dia dah sorok'n berus gigi ktrang..

huhu, mmg xleh lupa la kenangan ni..


cakar ayam: aku rindu kenangan waktu dulu. rasa enjoy sesangat berbanding sekarang..
rindu ngan korang semua.. muuahh...