Mar 8, 2013

Elakkan.... Selepas makan

Apa yang kita makan akan mempengaruhi tubuh badan kita. Makan makanan yang sihat akan memberi kesihatan kepada kita. Effectnya, tidak serta merta boleh kita lihat @ rasai. Perubahan demi perubahan boleh dirasai apabila umur semakin meningkat. Kadangkala kita menjaga permakanan tetapi masih juga kita mempunyai masalah kesihatan, yang perempuan pula berhabisan menjaga makan untuk berdiet tetapi masih gagal. apa kata selain melihat kepada apa yang kita makan, mari kita tinjau juga perkara2 yang kita biasa lakukan selepas makan.. Kalau boleh jangan lakukan perkara-perkara ini..



1. Jangan minum teh
Elakkan minum air teh khususnya teh ais  sejurus selepas makan. Daun teh mengandungi kandungan asid yang tinggi, ia akan menyebabkan kandungan protien dalam makanan yang dimakan sukar untuk dihadam.

2. Jangan makan buah-buahan
Elakkan makan buah-buahan sejurus selepas mengambil makanan berat. Ini adalah kerana mengambil buah-buahan selepas makan boleh menyebabkan perut kembung. Buah-buahan boleh diambil 1 hingga 2 jam selepas makan atau seeloknya 1 jam sebelum makan.


3. Jangan minum ais
Minum air yang mengandungi ais sebelum, semasa dan selepas makan akan melambatkan proses pencernaan  perut kerana air sejuk akan membekukan makanan berminyak yang baru dimakan. Apabila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran sehingga menyebabkan lemak berkumpul dan mengundang pelbagai penyakit terutama kanser dan serangan jantung.

4. Jangan merokok
Kajian daripada pakar menunjukkan bahawa kesan menghisap sebatang rokok selepas makan sama kesannya dengan menghisap 10 batang rokok. Ia menyebabkan risiko untuk mendapat pelbagai penyakit lebih tinggi. Walaubagaimanapun, merokok tetap membahayakan kesihatan, berhenti merokok adalah lebih baik.
5. Jangan banyak berjalan
Hakikatnya berjalan kaki elok untuk kesihatan jantung, tetapi pada masa yang sama ia tidak elok untuk penghadaman makanan. Berjalan akan menyebabkan kesukaran bagi sistem penghadaman untuk menyerap nutrisi yang terkandung dalam makanan yang diambil. 

6. Jangan melonggarkan tali pinggang
Melonggarkan tali pinggang selepas makan  secara tiba-tiba boleh menyebabkan usus terbelit dan tersekat. Kes sebegini kerap dilakukan kerana berasa terlalu kenyang selepas makan. Jika ingin longgarkan tali pinggang, seeloknya lakukan sebelum makan.

7. Jangan mandi
Mandi selepas makan akan menyebabkan peningkatan aliran darah ke tangan dan menyebabkan jumlah darah sekitar perut akan berkurangan. Ia bukan sahaja akan melemahkan sistem pencernaan di dalam perut malah boleh membuat kita buncit.
8. Jangan terus tidur
Jangan terus tidur atau baring sebaik sahaja selepas makan. Selain akan menyebabkan kenaikan berat badan ia juga boleh mengundang gastrik di dalam usus kerana ketika tidur, penghadaman tidak dapat dilakukan dengan baik.


Kredit foto: Pakcik Google
Article: Try Masak 

No comments:

Post a Comment