Jul 15, 2009

gubahan..

aku ke sini lagi untuk kali ini.. entah, aku sendiri tidak pasti apa tujuan ku.. yg pasti, aku hanya mengikut langkah kaki. seperti biasa, suasana cukup meriah.. tp aku sendiri tidak merasai kemeriahan itu.. rasa terasing dalam keriuhan orang ramai.. huhh, sampai bila keadaan ini akan berterusan?
aku penat, sungguh aku penat. terasa tidak sabar untuk mengakhiri derita ini.. kadang2 terfikir untuk menjadi orang lain. bagaikan tiada masalah yang menghimpit.. tp, adakah aku punyai cukup masa untuk semua itu?
entah, aku tidak tahu dari mana harus aku mulakan.. patutkah bermula dari awal atau pertengahan jalan certa untuk aku kongsikan.. tidak kah membazir masa jika aku ceritakan dr awal.. kan lebih bagus lg aku mulakan dengan lembaran baru.. tutup buku lama..
tolonglah, sungguh aku buntu.. tidak tahu apa yg harus aku lakukan. tidak dapat aku pastikan adakah esok keadaan nya masih sama seperti hari ini atau berkeadaan sebaliknya.. lantas sisa2 masa yg ada aku harus gunakan dengan sebaiknya. menangkis segala kemurungan ini.. jd, apa yg harus aku lakukan? memaksa fikiran aku untuk meneroka idea2 bernas yg dapat melumpuhkan kebosanan ini. menyanyi dan bermain gitar? atau aku harus berpuisi dan melukis?
kita..
bertemu kerana adanya masa
bertemu kerana di situ ada ruang untuk kita
kesempatan yg ada pun kerana adanya masa
dan jgn sampai masa itu sendiri memancung kita..
beringatlah, masa itu segalanya
menarilah mengikut rentak masa dengan nyanyian kita
jangan, jangan lg minda ini ditimpa beban.. sarat, sungguh tidak dapat ditampung lg.. aku sendiri jd lenguh.. penat dengan segala persoalan.. dan aku terduduk, kandas dalam khayalan.. sungguh, keadaan itu lebih menenangkan.. bagaikan d awang-awangan? mugkin sekali..
dan bicara kali ini biar aku yg mulakan. mahir? tidak, aku tidak mempunyai kemahiran itu.. jd apa? apa kebolehan yg aku ada? ahh, butakah mereka? aku punyai segala-galanya. bukankah itu yg harus aku banggakan? jika ditanya, apa yg aku ada, dengan mudah akan aku berikan jawapan.. ya, kamu juga ada, dia ada juga.. pemikiran, bukankah kita semua ada pemikiran, cuma yg bezanya, matang atau tidak, bezanya juga, bagaimana kita berfikir. lain org lain cara pemikiran nya.. bukankah itu yg harus kita babggakan? lg, aku juga harus berbangga mempunyai perasaan ini.. bukankah itu penting? bukankah menjadi masalah jika tidak berperasaan? ahh, mungkin ada yg tidak terfikir atau malas untuk memikirkannya.. ada bnyk lg yg harus kita banggakan kerana menjadi diri sendiri.. biar, biar kita sama2 memikirkannya.. memunasah diri. mencari di mana kurang dan lebihnya kita.. dan, puisi ini ku gubahkan untuk mengakhiri bicara kali ini..
dan bila senja berlabuh
tirai malam menutup siang
irama malam syahdu merdu
pandangan sayu merenung dalam diri
mencari di mana benarnya hati
apa hakimnya di kepala atau ada di dada
yg pasti kita berbeza
yg sama hanya kita berpijak di bumi nyata..
____________________________________________________________________________
bersambung..

No comments:

Post a Comment