Nov 7, 2009

ada apa dengan tulisan????

ada sorang kawan tu kata, tulisan aku cam tulisan lelaki.. walaupun aku ni girl.. aku pun mengakui la jugak, sbb aku tgk ramai gak lelaki2 yg tulisan dorang hampir sama ngan tulisan aku.. tp, ada kelembutan sedikit la kat tulisan aku tu berbanding ngan tulisan lelaki.. (apakah maksudnya???) jd, disebabkan keboringan mengulangkaji, aku search la tenet.. nak cari adakah tulisan aku tu membawa apa2 makna. yela, leh aku mengenali diri ngan lebih mendalam. cheewaahh...

ngan baik hatinya, aku nyatakan skali mksd tulisan2 yg len drpd tulisan aku tu..




so, just check it out, apakah yg tulisan korang tu cuba britaw tentang personaliti korang..


jika dilihat dr segi korang menekan pen/ pensel (tekanan)
kalau korang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga meninggalkan bekas kat bahagian belakang kertas, korang dikatakan seseorang yg sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif..


jika tekanan korang ringan je, maksudnya korang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas, korang dikatakan kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit

jika dilihat dr bentuk tulisan pula,
jika tulisan korang bulat-bulat, maksudnya, semua huruf yg korang tulis tu bulat, korang dinilai sebagai sorang yg emosional, prihatin, pengasih penyayang, mempunyai kepekaan yg tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)

tp, jika tulisan korang tajam-tajam atau leper-leper (tulisan yang angular dan sharp), korang dikatakan sorang yang rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)

jom mengenali diri dr segi kecondongan tulisan pula..
jika tulisan korang condong ke kanan, korang adalah sorang yg extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur hal orang lain, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih sayang, berani, dan pemurah

tp, jika tulisan korang condong ke kiri korang memiliki sikap2 seperti: introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka campur hal orang len..

tulisan korang yg tegak tu lak, korang diramalkan sbg sorang yg bersystematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan yg cari korang, tak suka gaduh-gaduh, maksudnya korang suka ambil jalan tengah...

kecondongan tulisan korang yg bercampur campur maksudnya emosi korang tak tetap, sering berubah2 la tu, baru td je baik, tiba2 leh naik angin lak.. kira cam tu la..

Kerapatan tulisan korang juga melambangakan personaliti korang
kalau tulisan korang tu jarang-jarang, maksudnya korang tak suka campur orang hal orang len, kurang mesra dan sedikit boros.

jika tulisan korang rapat-rapat, maksudnya korang suka campur tangan dlm hal orang len, amat bergantung kepada orang lain, berjimat atau kedekut

korang yg menulis huruf J, G, Y, Z I berekor, besar, panjang n sempurna, tahap emosi yang korang pamerkan itu jelas, sorang yg pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, dan tahap kerajinan yg tinggi..

tp jika korang menulis J, G, Y, Z n I tu kecil, pendek dan tak sempurna, korang dikatakan tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri korang..

dan jika palang pada huruf kecil T (t) korang
tinggi, maknanya tahap aspirasi korang tinggi.


yg palang ditulis ngan rendah lak, korang dinilai sbg sorang yg mudah berpuas hati, bercita-cita rendah.

dan yg menulis palangnya kat tengah-tengah lak, maknanya usaha dan tahap pencapaian korang tu di tahap sederhana

moral of da story :
Tulisan tu mencerminkan peribadi… kalau kita dengan sengajanya menukar tulisan kita untuk berperibadi baik, tak taw berkesan ke tak.. bila tulisan berubah, tak taw la peribadi kita turut berubah juga atau tak. yg tu out of my knowledge la. but, just be yourself..

No comments:

Post a Comment