Jan 24, 2010

bicara hati..

selama lamanya, adakah setia itu wujud? ya, barangkali bg yang benar sentiasa mengingati siapa dirinya.. itu hanya dr pandangan aku seorang. lain org lain cara mendefinasikan setia..

awalnya aku ingin berbicara tantang setia secara general, tp ideanya lebih bnyk kpd pasangan kekasih.. dr apa yg aku lalui, ini apa yang aku rasai. brgkali juga pada sesetengah org dan berbeza pula pada yg lain. lain org kan lain juga caranya menjalani percintaan.. oh ya, td ku katakan dr apa yg ku lalui dan rasai, tp jgn juga salah anggap ya, pengalaman2 itu juga aku kutip dr temam2 ku. lain kali aku cerita dr aspek yg lain.

setia kepada pasangan. itu penting. bukan hanya ungkapan, tp menzahirkan setia itu dengan tindakan. bukankah kata2 cinta itu tidak bermakna jika tidak disekalikan dengan tindakan.. tanpa kata2 cinta pun kita tahu melalui tindakannya jika dia benar2 cinta. setia bukan hanya wujud bila berjauhan dengan pasangan, pasangan yang sering berjumpa juga perlu setia.

sukar, mmg sukar untuk menilai sama ada pasangan kita setia atau tak.tiada cara yang khusus untuk menilai tindakannya. terpulang kpd kita untuk menganalisa, mentafsir dan menilai..

katanya, cuma hanya ada kita dalam hatinya,tp terfikirkah, mgkn juga dia mengungkap kata yg sama pada yang lain. jika begitu, ada beberapa org dalam hatinya? seringkali juga terjadi bila sekali dua berjumpa dan rasa suka. seronok berbicara bersama. dan jika ditanya, sudah ada 'cinta"nya, mgkn juga akan berkata "single lg" sedangkan cintanya sudah dijanji pada org lain. itu juga permulaan bg lupa pada siapa dirinya, juga lupa pada kata setia nya.

katanya, tak nak berjauhan sampai bila2, tak ingin walaupun seminit. tp terfikirkah kita, apa kata2 nya itu benar atau hanya hiasan bibir mainan kata. kalau benar, mengapa ada juga waktunya kita rasa terabai, ibarat kawan dan kerjanya lg penting dr kita walhal katanya xnak berjauhan walaupun seminit.. setiap alasan yg diberi, benar atau tidak alasan itu, cuma mereka yg memberi alasan itu saja tahu.. yaa. yang pastinya, dia juga perlukan masa untuk dirinya, masa untuk teman2 nya dan masa untuk aktivitinya..

bila melihat kepada diri kita sendiri, brgkali kita juga mengungkapkan kata yg sama pada pasangan kita. sebagai jaminan yg kita benar2 sayang atau untuk mengambil hatinya. pokoknya, kita mengalami perkara yg sama..secara sedar atau tak sedarnya kita mengungkapkannya, secara sedar atau tak sedar juga kita akan melupakannya seketika..

ibarat kejadian alam, kita tidak boleh menghindarinya kerana tiada siapa tak pernah berbuat silap. tiada siapa yg akan mengingati dirinya setiap minit sepanjang hari. normal lah itu jika pernah berbuat silap dalam perhubungan, kerana kita tidak sempurna.. hubungan itu juga tidak semperna jika tidak pernah ada selisih fahamnya kerana kita belajar dr kesilapan, pengalaman itu mematangkan kita..




No comments:

Post a Comment