Feb 14, 2010

seadanya aku


sempena hari kekasih ni, elok lah kiranya kita saling sayang menyanyangi. dah namanya hari berkasih sayang.. dalam seronok melayari bahtera bahagia tu, janganla pula lupa org2 yang tidak meraikannya.. siapa orang2 tu?

1) of course la org yang baru putus cinta
2) org yang tak ambik port langsung ttg valentine day
3) pasangan yg berjauhan dan x dpt nak berhubung, tp masih lg boleh meraikannya dgn kwn2
4) pasangan yg turun naik mahkamah menguruskan hal penceraian, melainkan masing2 dah ada affair
baru..

pasti lg sedih jika kita berada di situasi seperti ini:

Batal kahwin isteri ada misai, juling

DUBAI: Seorang duta Arab membatalkan perkahwinannya serta merta selepas mendapati isterinya berkumis dan mata juling. Pengantin lelaki tidak dinamakan itu tidak pernah melihat wajah pengantin perempuan kerana dia memakai niqab sepanjang perkenalan mereka, menurut laporan. Beliau turut membatalkan jamuan perkahwinan dan terus merujuk kes ke Mahkamah Syariah.

Beliau menuntut perkahwinannya dibatalkan serta wang AS$137,000 (RM468,677.20) untuk hadiah perkahwinan dan perbelanjaan lain dikembalikan selain meminta pengantin wanita diperiksa atas ‘kecacatan hormon.’ “Beliau amat terkejut, Pengantin wanita mempunyai personaliti yang baik, namun ada alasan bagus menyembunyikan wajahnya. “Pengantin lelaki terus ke mahkamah meninggalkan pengantin perempuan yang menangis teresak-esak,” lapor akhbar Daily Mail.

Duta itu mendakwa, bakal ibu mentuanya menunjukkan gambar adik perempuan isterinya untuk menipunya berkahwin dengan wanita yang lebih gemar duduk di rumah berkenaan. - Agensi (sumber:berita harian 14 feb 2010)

ternyata alam percintaan ngan alam rumah tangga itu banyak bezanya. masa bercinta semuanya indah2 belaka. bila dah berkahwin barulah taw baik buruknya. masa bercinta tu lah kena fahami dalam2 pasangan kita tu, jangan jadi buta mata. terima kekurangan ngan kelebihan dengan hati yang terbuka..


moral of da story: terima lah pasangan kita dengan seadanya.. yang kurang tu, kalau kita boleh bantu, kita bantu.. terima lah hakikat, kita ni manusia bnyk kekurangan nya..



No comments:

Post a Comment